Berita UtamaIstimewaUtama

SPRM sudah hilang wibawa

Pelantikan Latheefa bukti 'reformasi institusi' retorik semata-mata

BANGI, 30 Ramadan 1440H, Selasa – “Latheefa Koya pernah menganggotai Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tidakkah nanti berlaku konflik kepentingan?”

Demikian persoalan dibangkitkan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Haji Aminuddin Yahaya mengenai pelantikan aktivis liberal, Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, dan pemimpin PKR itu menggantikan Mohd Shukri Abdull yang meminta kontraknya dipendekkan daripada tempoh asal, yang sepatutnya berakhir 17 Mei 2020.

Difahamkan, dengan pelantikan berkenaan, Latheefa keluar daripada PKR semalam, berkuatkuasa serta merta.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini memaklumkan, pelantikan Latheefa adalah antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi-institusi kerajaan.

Mengulas mengenai perkara itu, Haji Aminuddin berkata, SPRM adalah sebuah agensi yang sangat penting bagi menjaga ‘Corporate Governance’, tetapi akan menjadi satu isu besar apabila yang menerajuinya adalah individu yang pernah menjadi jawatankuasa tertinggi sebuah parti.

“Rupanya laungan ‘reformasi institusi’ adalah retorik dan cakap kosong sahaja. SPRM akan hilang kewibawaannya,” katanya menulis di Facebook hari ini.

Beliau berkata, kerajaan PH yang mengalami defisit kepercayaan, kini defisit integriti pula apabila melantik ahli politik menjadi ketua agensi antirasuah.

Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) turut mempersoalkan tindakan bekas ketua pesuruhjaya SPRM yang meminta kontraknya dipendekkan daripada tempoh asal.

“Rakyat juga ingin tahu kenapa Shukri (bekas KP SPRM) memendekkan tempoh perkhidmatan beliau? Adakah di sana ada tekanan daripada mana-mana pihak?” soalnya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close