Berita UtamaPendapatUtama

Masa depan orang Melayu tak boleh digadai lagi: Berjasa

Kemakmuran dapat dicapai jika kaum majoriti sepakat semua aspek

HARI ini kita banyak mendengar slogan-slogan manis berkenaan perpaduan Melayu terutama yang dicanangkan oleh UMNO dan PAS.
 
Berjasa menyambut baik kerjasama erat ini, kerana tiadalah dapat kita nafikan bahawa kunci utama kepada kemakmuran dan kestabilan negara ini adalah dengan perpaduan Melayu.

Berjasa terus menyokong usaha-usaha ke arah perpaduan ummah malah menyambut baik, sekiranya kerjasama ini melangkaui dua parti tonggak orang Melayu iaitu UMNO dan PAS.
 
Namun apakah makna sebenar parpaduan ummah yang telah dilaungkan Berjasa sejak PRU 2013 lagi? Di saat Berjasa dicaci oleh segenap parti politik ketika itu, adakah tindakan tidak popular Berjasa ini sekadar ingin meraih undi?

Berjasa melaungkan slogan ‘Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’ ketika PRU13 dahulu sebenarnya adalah satu lontaran formula kepada kesemua masyarakat Malaysia tanpa berbilang kaum, bahawa keamanan dan kemakmuran negara akan hanya dapat dikongsi sekiranya kaum majoriti atau Melayu mempunyai kesepakatan yang jelas dalam agama Islam, politik, pendidikan dan ekonomi.

Perpaduan ummah bagi Berjasa sebenarnya jauh daripada sekadar meraih undi tetapi juga merangkumi hasrat mendidik orang Melayu supaya maju dalam persaingan ekonomi yang sihat, maju dalam pendidikan, celik mengenai politik berasaskan syariat Islam dan kukuh jati diri bangsa.

Kesemua aspek ini akan menjamin kesepaduan Melayu yang akan berkekalan dan berpanjangan dan bukan hanya bermusim ketika pilihan raya. Kita semua perlu belajar daripada kesilapan lampau perpecahan PAS dan UMNO di era 70an.
 
Apabila kerjasama hanya disandarkan kepada undi pilihan raya semata-mata, akhirnya kerjasama ini membawa kepada persengketaan yang berpanjangan dan merugikan.

Kerjasama ini perlu dibuka kepada semua lapisan orang Melayu, kepada semua parti politik Islam dan Melayu, kepada semua NGO dan individu berpengaruh agar perpaduan Melayu sebenar dapat diterjemah.

Kita perlu mula menyuntik elemen agenda yang lebih matang ke dalam kesepakatan ini seperti ekonomi, pendidikan, syariat Islam dan sebagainya agar segenap masyarakat Melayu dapat turut serta mengharmonikan perpaduan ini.

Berjasa ialah sebuah parti lama yang bertapak hampir 5 dekad lamanya dalam arena politik Malaysia. Sebuah parti politik yang telah menyaksikan turun naik nasib orang Melayu. Kali ini Berjasa tekad bahawa masa depan orang Melayu tidak boleh kita gadaikan lagi.

Muhammad Thalhah Bin Kamarol Zaman
AJKP Berjasa
 
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close