Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaUtama

Pemuda maut sedang caj telefon

Bahaya caj guna peranti murah, pada masa sama guna telefon bimbit

BANGKOK, 27 Ramadan 1440H, Sabtu – Seorang pemuda berusia 22 tahun yang tidak dinamakan, bersendirian di pangsapurinya di wilayah Nakhon Ratchasima, menunggu kedatangan keluarganya.

Namun, dalam kejadian malam Isnin lalu, keluarganya hanya tiba untuk melihat pemuda berkenaan tidak bergerak di atas katilnya sambil menggenggam telefon bimbit, yang masih dicaj ke soket elektrik di dinding biliknya.

Laporan media tempatan mengatakan dia ditemui dengan kesan terbakar pada tangan. Bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia lima jam sebelum keluarganya tiba.

Kematiannya berlaku beberapa bulan selepas seorang pekerja kilang maut terkena kejutan elektrik ketika mengecaj telefon bimbitnya, dan pada masa sama menggunakan peranti pendengar telinga.

Kritsada Supol ditemui mati di atas tilamnya dengan telefon bimbitnya masih disambung pada soket elektrik menggunakan peranti jenis murah di Chonburi, pada Februari lalu.

Pemilik rumah yang pergi ke rumah Supol menemui lelaki itu di atas tilam dengan kesan terbakar di sekitar telinganya.

Polis Daerah Phan Thong percaya lelaki itu maut akibat kejutan elektrik ketika menggunakan peranti telinga dan pada masa sama mengecas telefonnya. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close