Berita Utama

Bersatu dedah penyata akaun

Tuntut PKR dan DAP dedah juga termasuk akaun amanah

BANGI, 10 Rejab 1444H, Rabu – Parti Bersatu hari ini berkongsi penyata akaun yang telah diaudit ketika berdepan dengan pelbagai tuduhan termasuk menerima RM4 bilion daripada RM92.5 bilion daripada dana Pakej Rangsangan Ekonomi.

Penyataan kewangan dua tahun berturut-turut iaitu 2020 dan 2021 berkenaan dikongsikan Datuk Dr Marzuki Mohamad, yang merupakan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau menjelaskan penyata berkenaan sudah difailkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan kini menjadi dokumen awam.

“Akaun yang diaudit ini sudah dibentangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu. Ia sudah difailkan di ROS dan menjadi dokumen awam. Tak boleh tipu punya.

“Untuk rekod, Muhyiddin jadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 dan letak jawatan pada 16 Ogos 2021.

“Kalau RM4 bilion masuk dalam akaun Bersatu selepas Muhyiddin letak jawatan hebat betulah Bersatu,” katanya dalam kenyataan yang dipertik portal berita Bersatu, hari ini.

Dr Marzuki turut mencabar PKR dan DAP berbuat tindakan sama dengan mendedahkan akaunnya termasuk akaun amanah ( trustee account) yang dipegang bagi pihak parti itu.

“Dah alang-alang tengok akaun Bersatu, mungkin elok juga tengok akaun PKR dan DAP termasuk akaun amanah yang dipegang bagi pihak parti jika ada.

“Maklumlah DAP jadi kerajaan di Pulau Pinang dan PKR pun kerajaan di Selangor dan Negeri Sembilan.

“Siasatlah dari mana sumber wang yang diterima oleh parti. Barulah adil dan berterus terang. Kalau tengok gaya belanja pilihan raya Pakatan Harapan (PH) pun boleh tahan juga,” katanya.

Jelas Dr Marzuki Bersatu akan membentangkan penyata kewangannya bagi tahun lalu ketika PAT yang dijadual berlangsung pada Mac depan.

“Bolehlah sama-sama kita lihat ada tak RM4 bilion tu. Untuk rekod, UMNO ada RM192 juta ketika akaun parti itu dibekukan pada tahun 2018.

“Itu mungkin baki perbelanjaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Baki ya tuan-tuan, atau ‘loose change’,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button