Kolumnis

Bila ibadat menjadi adat

Iftar perlu dilakukan mengikut saranan syariat

RIUH rendah majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh individu dan organisasi. Cuma suasana tahun ini agak berubah apabila ada individu amat berbangga apabila majlis berbuka puasa yang dianjurkan dihadiri oleh orang kafir.

Seolah-olah itulah kejayaan mereka tahun ini untuk memperoleh ganjaran sewajarnya daripada Allah Taala. Mungkin mereka merasakan bahawa satu inovasi baru ibadah dalam Islam. Iftar adalah ibadah dalam Islam. Ibadah perlu dilakukan mengikut saranan daripada syariat agar kita dapat ganjaran yang sebaik mungkin daripada Allah.

Apa yang berlaku sekarang ada yang merasakan ianya pesta untuk berbuka puasa yang menyeronokkan. Malang lagi apabila tempat iftar bukan lagi masjid atau surau-surau, tetapi dilakukan tempat-tempat sembahan agama lain.

Banyak adab yang perlu kita jaga untuk memperoleh ganjaran yang semaksimum mungkin daripada iftar yang kita lakukan, tetapi sekarang ianya tidak menjadi keutamaan segelintir individu. Mungkin sudah ramai yang merasakan iftar bukan ibadah dalam Islam tetapi adat.

Bila adat ianya memerlukan kepada kemeriahan dan keseronokan. Kita amat dituntut untuk memberi sumbangan iftar agar pahala mereka yang berpuasa dapat juga kita perolehi tetapi sekarang dah terbalik.

Ada individu gembira apabila dapat menjamu orang kafir semasa majlis berbuka puasa. Walaupun ianya bukan haram tetapi aliran pemikiran umat Islam telah berubah. Di samping mereka menyediakan jamuan iftar untuk orang kafir, ada juga yang mencari-cari untuk adakan jamuan iftar di tempat sembahan orang kafir.

Seolah-olah itulah kedamaian dan keharmonian dalam agama. Apa yang membimbangkan jika iftar dianggap sebagai adat bukan lagi ibadah dalam Islam.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
YDP Isma Pasir

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close