Berita UtamaDuniaUncategorizedUtama

Britain digesa iktiraf Palestin negara berdaulat

PM Palestin mahu pasukan teknikal siasat potongan cukai Israel

RAMALLAH, 24 Ramadan 1440H, Rabu – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menggesa Parlimen Britain mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Beliau dalam satu kenyataan semalam berkata, langkah itu penting memandangkan cubaan rejim pengganas Israel untuk menguburkan bahagian Tebing Barat yang diduduki.

Mohammad juga menggesa Britain menghantar pasukan teknikal untuk menyiasat potongan cukai melampau yang dikenakan Israel ke atas Palestin.

Pada Oktober 2014, Parlimen British sebulat suara mengundi memihak kepada kerajaan untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara.

Britain tidak menetapkan Palestin sebagai negara, tetapi menegaskan ia boleh berbuat demikian pada bila-bila masa jika proses rundingan yang lama dihentikan antara Palestin-Israel diteruskan semula.

Pusingan terakhir rundingan Israel-Palestin terkandas pada 2014, berikutan ketamakan Israel memperluaskan pembinaan rumah haram Yahudi di wilayah itu.

Palestin mahu Tebing Barat sebagai sebahagian daripada masa depan negara yang bebas dengan Baitulmaqdis menjadi ibu negaranya.- Agensi
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close