Berita Utama

Menteri selindung fakta ramai pelajar SJKC gagal fasih bahasa Melayu

Mana data kononnya ribuan anak Melayu bersekolah di SJKC, SJKT?

BANGI, 20 Rejab 1445H, Khamis – BERJASA menyifatkan pendirian seorang menteri mengenai kedudukan sekolah vernakular di Malaysia bukan sahaja naif malah menyedihkan.

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman al-Hakim Mohamad berkata, kenyataan menteri itu naif apabila mengatakan sekolah vernakular harus dihormati kerana selaras dengan Akta Pendidikan.

“Benar, sekolah SJKC dan SJKT juga adalah sekolah kebangsaan di bawah jagaan  Kementerian Pendidikan (KPM), tapi benarkah mereka menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan?

“Beliau ’emotional’ apabila mengatakan ‘ramai’ ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah vernakular.

“Mana data? Berapa ribu atau puluh ribu anak-anak Melayu bersekolah di SJKC dan SJKT? Sebenarnya hanya segelintir kecil sahaja yang berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan.

Bidasnya lagi, menteri itu seolah-olah berselindung apabila tidak menyebutkan fakta bahawa ramai pelajar Cina di SJKC gagal berbahasa Melayu dengan fasih.

Bahkan, ada juga yang langsung tidak menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan harian mereka, katanya.

Tegasnya, sekolah vernakular tidak sepatutnya diiktiraf sebagai sekolah kebangsaan.

“Janganlah kerana ‘menyembah’ atau takutkan DAP, semua yang diperjuangkan DAP terpaksa kita akur semuanya tanpa sedikit pun jati diri dan rasa sayangkan bangsa dan negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button