Berita UtamaDuniaTULARUtama

VIDEO | Tarawih dalam hujan

Jemaah masjid di Tashken kekal beribadah, tak larikan diri

SOLAT Tarawih sama ada lapan atau 20 rakaat hanya ada ketika Ramadan – bulan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Lalu, tidak hairanlah jika umat Islam yang berpuasa di siang hari pada bulan itu, akan beribadat, khususnya mengerjakan solat Tarawih berjemaah, pada malamnya.

Kita di Malaysia tidak mempunyai masalah untuk mendirikan solat Tarawih berjemaah, kerana banyak masjid yang boleh menjadi pilihan. Malah, di setiap taman perumahan mungkin ada sehingga tiga atau empat masjid yang menganjurkan solat Tarawih.

Jarang kita melihat umat Islam di Malaysia melimpah-ruah hingga ke luar masjid untuk mengerjakan solat Tarawih, kecuali ketika solat sunat Aidilfitri apabila anak perantauan mula pulang ke kampung dan memenuhi masjid di tempat mereka.

Amat jarang juga kita dapat saksikan umat Islam di Malaysia terpaksa menunaikan solat dalam hujan. Namun, tidak dinafikan, ada juga yang pernah berbuat demikian.

Namun, bagi Ketua Pusat Kajian yang juga Penolong Pengetua Kolej Islam Langford di Australia Barat, Imam Yahya Adel Ibrahim, begitu takjub apabila menyaksikan puluhan umat Islam tidak berganjak, bersolat dalam hujan lebat dan angin kencang.

Untuk menjadi pengajaran umum, Imam Masjid Thornlie di Universiti Curtin yang juga pensyarah di Institut alMaghrib itu, tujuh hari lalu, memuat naik satu klip video yang menunjukkan umat Islam sedang mengerjakan solat Tarawih dalam hujan lebat dan angin kuat di Tashkent, Uzbekistan.

“(Ini) salah satu sebab saya menyukai Uzbekistan! Ya Allah (kami) kembalikan kepada Engkau, peliharalah iman mereka dan generasi mereka! Aaminn.

“Ini adalah solat Tarawih di Tashken malam tadi! Allah menerima daripada mereka, mengangkat (darjat) mereka, menyayangi mereka dan memberi penghormatan kepada mereka, sebagaimana mereka menghormatiNya ketika dalam ibadah,” tulis Imam Yahya dalam laman Facebook beliau.

Sehingga berita ini ditulis, kiriman video itu mendapat lebih 56,000 ‘like’ dan 694 perkongsian. Lebih 2,000 netizen media sosial turut memberi komen mengenai kejadian itu, dan kebanyakannya berdoa semoga Allah memberi ganjaran besar kepada mereka.

Dalam salah satu komen, seorang pengguna media sosial menyatakan sejak awal Ramadan lalu, tidak ada hujan di Tashken. Masjid itu sentiasa penuh dan jemaah melimpah-ruah hingga ke atas jalan raya ketika solat Tarawih.

Mulanya, tidak ada hujan, tetapi di pertengahan solat hujan lebat mula mencurah diikuti angin kuat, namun jemaah yang solat di luar masjid tidak melarikan diri, sebaliknya mengerjakan ibadah itu sehingga selesai.

One of the reasons I Love #Uzbekistan! Ya Allah return it's people to You & preserve their Iman and that of their generations! AmeenThis is from #Taraweeh prayers in #Tashkent last night! Allah accept from them, elevate them, love them and honour them as they attempt to honour His name in worship!Travel there with me for a #HadithTour with SH @ZahirMahmood in October & see for yourself!Details – www.heritagetours.co

Posted by Yahya Adel Ibrahim on Ahad, 19 Mei 2019

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close