Berita UtamaUtama

Bonus penjawat awam Kelantan

Elaun akan diberi sebanyak RM250 sebelum sambutan Aidilfitri

Oleh Fazleen Safina

KOTA BHARU, 22 Ramadan 1440H, Isnin – Kerajaan Kelantan bersetuju untuk memberi bonus berjumlah RM250 kepada semua penghulu, pegawai halaqat, guru al-Quran dan fardhu ain, di negeri ini.

Menteri Besarnya, Datuk Haji Ahmad Yakob berkata, penyelaras pembangunan Armalah Dewan Undangan Negeri (DUN), penyelaras orang kurang upaya (OKU) serta penyelaras teknologi maklumat (ICT) DUN Kelantan turut menerima bonus berkenaan.

Katanya, keputusan itu hasil perbincangan bersama Majlis Mesyuarat Kelantan.

“Elaun khas atau bantuan hari raya ini akan disalurkan kepada semua yang berkenaan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan kerajaan negeri itu mengumumkan pemberian bonus khas RM500 kepada lebih 6,000 kakitangan kerajaan negeri, sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba dijangka minggu hadapan.

Beliau berkata, pembayaran bonus berkenaan membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM3.3 juta.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close