Berita UtamaUtama

Seorang lagi pemuda ditahan kes pecah cermin kereta

Individu terbabit dalam pertengkaran di pasar malam diminta serah diri

KOTA BHARU, 20 Ramadan 1440H, Sabtu – Polis hari ini menahan seorang lagi pemuda bagi membantu siasatan berkaitan tindakan merosakkan kereta milik seorang wanita berdekatan Pasar Malam Parit Dalam di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata, suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar jajahan ini sekitar jam 2 pagi tadi.

“Pada masa sama, kita masih berusaha mengesan sekurang-kurangnya tiga lagi suspek untuk membantu siasatan kes berkenaan. Kita minta individu-individu ini untuk tampil menyerah diri di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan selain turut meminta kerjasama masyarakat menyalurkan maklumat berhubung kes itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Comunity Policing: Sumbangan Ramadan kepada Asnaf anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Yayasan Amal Datuk Zul Wisma di Kampung Tanjong, Badang di sini, hari ini.

Semalam, polis menahan seorang pemuda berusia 20-an yang disyaki memecahkan cermin belakang sebuah kereta di samping menyebabkan ada bahagian kereta itu yang kemek, berdekatan Pasar Malam Parit Dalam selepas menerima laporan daripada pemilik kenderaan itu yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 40an. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close