Berita UtamaDunia

Arab Saudi tunda ibadat umrah selepas berakhir Aidilfitri

Keputusan disebabkan penurunan perlahan kadar coronavirus

ANKARA, 26 Rejab 1442H, Rabu – Pihak berkuasa Arab Saudi dilapor memutuskan untuk menunda pelaksanaan ibadat umrah setelah berakhirnya cuti perayaan Aidilfitri tahun ini.

Direktorat Hal Ehwal Agama Turki dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, keputusan itu dilakukan disebabkan penurunan perlahan kadar normalisasi coronavirus.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respon kepada pertanyaan orang ramai mengenai haji dan umrah tahun ini, setelah kedua-dua ibadat berkenaan dibatalkan tahun lalu bagi mengekang wabak COVID-19.

Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut oleh umat Islam pada pertengahan Mei.

Dalam kenyataan sama, direktorat itu berkata, rundingan bersama Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sedang berjalan dan segala keputusan akan diumumkan kelak.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai jemaah boleh diajukan ke pusat panggilan direktorat di 0850-260-1313. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button