Berita UtamaUtama

Tak salam kerabat Diraja Johor, Mukhriz dituntut minta maaf

Tindakan MB Kedah biadab, tak berakhak dan hilang etika kemelayuan

BANGI, 19 Ramadan 1440H, Jumaat – Pergerakan Pemuda UMNO negeri Johor menuntut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memohon maaf atas tindakan beliau tidak bersalam dengan kerabat Diraja Johor, terutama Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Sejak semalam, tular video rakaman Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengelak bersalaman dengan kerabat Diraja Johor pada majlis penghormatan terakhir dan pengebumian Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan.

Dalam video berdurasi 14 saat itu, Mukhriz dilihat hanya memberi isyarat sembah kepada Sultan Ibrahim tanpa bersalaman dengan baginda serta Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menempelak tindakan Mukhriz itu, Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah menyifatkan Menteri Besar Kedah sebagai biadab dan hilang etika kemelayuannya.

“Beliau kelihatan tidak bersalaman dengan baginda Sultan dan terus bersalaman dengan KDYMM Yang DiPertuan Agong dilihat seolah-olah tidak menghormati Sultan Johor.

“Sikap yang ditunjukkan beliaU adalah sifat kebudak-budakan dan tidak berakhlak. Apatah lagi beliau seorang menteri besar yang melakukan sedemikian rupa.

“Rakyat Johor sama sekali tidak dapat menerima budaya buruk seperti itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, bapa Mukhriz, yang juga Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sering ‘bertelagah’ dengan Tunku Ismail dalam beberapa isu, termasuk Statut Rom dan pemilihan menteri besar.

Ketegangan hubungan antara Dr Mahathir dengan Tunku Ismail terus berlarutan apabila mereka kerap berbalas kenyataan melalui media.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close