Berita UtamaUtama

RON97 naik 8 sen

Harga runcit bagi produk RON95, diesel kekal

BANGI, 19 Ramadan 1440H, Jumaat – Harga runcit petrol RON97 naik lapan sen kepada RM2.76 seliter, berbanding RM2.68 seliter minggu lalu, menurut Kementerian Kewangan.

Sementara itu, harga runcit bagi produk petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi tempoh 25 Mei 2019 sehingga 31 Mei 2019.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya sebanyak RM2.46 seliter dan RM2.52 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 25 Mei 2019 sehingga 31 Mei 2019 adalah berjumlah RM126.52 juta,” demikian menurut kementerian itu.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close