Berita UtamaUtama

Ringgit masih diniaga RM4.19 berbanding 1 dolar Amerika

Mata wang kita diniaga rendah berbanding mata wang utama

KUALA LUMPUR, 19 Ramadan 1440H, Jumaat – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran terhadap unit tempatan yang meningkat susulan kenaikan harga minyak dunia.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1905/1945 berbanding dolar AS daripada 4.1910/1940 semasa ditutup pada Khamis.

Peniaga berkata, harga minyak stabil pada Jumaat dengan pengurangan bekalan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah selepas diniagakan rendah pada minggu ini berikutan inventori yang tinggi dan ekonomi global yang lembap.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 0.58 peratus kepada AS$68.15 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) naik 0.73 peratus kepada AS$58.33 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0370/0417 daripada 3.0326/0352 pada Khamis dan merosot berbanding euro kepada 4.6850/6899 daripada 4.6663/6700.

Ia turun berbanding yen Jepun kepada 3.8203/8250 daripada 3.8076/8113 dan susut berbanding pound British kepada 5.3052/3107 daripada 5.2949/2995 pada Khamis. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close