Berita UtamaIstimewaUtama

Rahmah PAN bacul depan DAP

Perdana Menteri dikritik kerana sedia peruntukan biasiswa kepada pelajar Palestin tetapi Parti Amanah Negara hanya berdiam diri

Oleh Wartawan Ismaweb

BANGI, 18 Ramadan 1440H, Khamis – Parti Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) membindas sikap berdiam diri Parti Amanah Negara (PAN), selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik kerana memperuntukkan biasiswa kepada pelajar Palestin.

Naib Presiden Berjasa, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, pengumuman Perdana Menteri mengundang bantahan warga maya, khususnya daripada kaum Cina yang mengeluarkan ungkapan tidak beradab.

Katanya, bagaimanapun ketika berdepan situasi heboh itu, menteri-menteri Melayu, terutama daripada PAN yang mempromosi konsep negara rahmah dilihat mendiamkan diri.

“Pengumuman Perdana Menteri tentang peruntukan biasiswa untuk para pelajar Palestin yang akan belajar di unversiti-universiti dalam negara telah mengundang suasana heboh warga maya.

“Kebanyakan warga maya yang membantah, dengan pelbagai luahan dan ungkapan tidak beradab, terdiri daripada kaum Cina.

“Berdepan dengan situasi heboh itu, para menteri Melayu, terutamanya daripada Parti Amanah Negara yang mempromosi konsep negara rahmah dilihat mendiamkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Ustaz Hazizi berkata, dalam meredakan keadaan itu, anggota Parlimen DAP sendiri telah bersuara selepas mendapat penjelasan daripada timbalan menteri pendidikan daripada parti DAP sendiri.

Beliau kesal kerana negara berkonsepkan rahmah seperti dilaung-laungkan, sebaliknya dipandu sepenuhnya oleh DAP, sedangkan PAN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekutu mereka banyak diberi ruang dalam institusi Islam, hanya menjadi penonton.

“Sepatutnya konsep negara rahmah memberikan mereka kelebihan untuk menerangkan kepentingan rahmah kepada umat Islam atau saudara kemanusiaan yang tertindas di bumi Palestin.

“Lagikan pemain bola sepak bukan beragama Islam Christiano Ronaldo pun selama saja menghadiahkan jutaan dollar untuk umat Islam Palestin.

“Tetapi di bumi Malaysia, pejuang negara rahmah terkunci mulut untuk membela peruntukan untuk umat Palestin yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri daripada parti sokongan mereka sendiri,” katanya.

Ustaz Hazizi berkata, keadaan itu menunjukkan betapa konsep rahmah yang dilaungkan PAN tidak mampu ‘mengangkat muka’ di hadapan DAP dan kaum chauvinis serta ultra kiasu.

“Patutlah selama ini konsep negara rahmah ini tak pernah meniti di bibir Perdana Menteri, kerana barangkali Tun Mahathir sendiri jelik dengan konsep yang bunyinya Islamik tetapi bacul di depan DAP.

“Itulah hakikat Rahmatan Lil Alamin berdasarkan senario politik semasa di depan mata kita, yang lebih jelas tafsirannya berbanding huraian menteri jaga agama dan pegawai khasnya yang kepening-peningan secara tersirat menyamakan kaum Cina dan India seperti kaum Muhajirin,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close