Berita UtamaDuniaIstimewaTimur TengahUtama

Arab Saudi rancang pancung ulama terkenal selepas puasa

Sheikh Salman al-Odah, Awad al-Qarni dan Ali al-Omari sekarang ini menunggu perbicaraan di Mahkamah Jenayah Khas di Riyadh

LONDON, 18 Ramadan 1440H, Khamis – Tiga pendakwah terkenal Arab Saudi yang ditahan atas pelbagai tuduhan aktiviti ‘pengganas’ akan dihukum pancung selepas Ramadan ini, dua sumber kerajaan dan salah seorang anggota keluarga ulama berkenaan memberitahu Middle East Eye (MEE).

Sheikh Salman al-Odah, paling dikenali ramai di antara ketiga-tiganya, terkenal pada peringkat antarabangsa dengan pandangan yang progresif mengenai syariah dan homoseksual di dunia Islam.

Beliau ditangkap pada September 2017 tidak lama selepas mendoakan perdamaian antara Arab Saudi dan Qatar, menerusi laman Twitternya, tiga bulan setelah Riyadh memboikot Doha.

Dua lagi pendakwah yang dikatakan akan dihukum pancung selepas Ramadan ini ialah pendakwah Sunni, yang juga ahli akademik dan penulis, Sheikh Awad al-Qarni; dan pengacara terkenal, Ali al-Omari.

Ketiga-tiganya mempunyai jutaan pengikut dalam laman sosial masing-masing, dengan Sheikh Salman sahaja memiliki 13.4 juta pengikut di laman Twitter.

Dua sumber kerajaan Arab Saudi mengesahkan rancangan melaksanakan hukuman mati terhadap ketiga-tiga pendakwah itu, yang sekarang ini menunggu perbicaraan di Mahkamah Jenayah Khas di Riyadh, lapor MEE.

Pendengaran kes itu sepatutnya bermula 1 Mei lalu, tetapi ditangguhkan ke satu tarikh lain. Seorang sumber memberitahu, hukuman akan dilaksanakan sebaik mahkamah membuat keputusan.

“Mereka tidak akan menunggu untuk melaksanakan hukuman pancung sebaik hukuman dijatuhkan,” kata sumber itu.

Sumber lain pula berkata, tindakan Arab Saudi menjatuhkan hukuman pancong terhadap 37 warganya, kebanyakannya aktivis Syiah, di atas tuduhan pengganas pada April lalu adalah ‘cubaan’ untuk melihat sejauh mana komuniti antarabangsa akan membantah.

“Apabila mereka mendapat tahu bahawa hanya sedikit sahaja komuniti antarabangsa memberi reaksi, terutama pada peringkat kerajaan dan ketua negara, mereka memutuskan untuk meneruskan rancangan menghukum individu terkenal pula,” kata sumber itu.

Masa pelaksanaan hukuman pancung itu juga ditentukan ketika peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran di rantau Teluk sekarang ini.

Ahli keluarga salah seorang pendakwah berkenaan memberitahu MEE: “Hukuman itu, jika akan diteruskan, akan menjadi sesuatu yang serius, dan titik berbahaya.”

Penahanan ketiga-tiga ulama dan pendakwah telah menyebabkan kecaman daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Jabatan Negara AS, selain kumpulan Hak Asasi Manusia (HRW), dan Amnesty International.

Pada September, setahun selepas penangkapannya, Sheikh Salman dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Khas – tribunal diwujudkan Kementerian Dalan Negeri bagi membicarakan kes-kes pengganas.

Beliau, kemudian dikenakan dengan 37 tuduhan pengganas.

Ini termasuk tuduhan mempunyai hubungan dengan ‘pertubuhan pengganas’, yang mana pendakwa mengatakan ia adalah Ikhwanul Muslimin, dan Majlis Kajian dan Fatwa Eropah – dua pertubuhan Islam antarabangsa terkenal.

Tuduhan lain ialah mendedahkan ‘ketidakadilan terhadap tuduhan’ dan menyindir kerajaan; mengadakan hubungan dengan keluarga diraja Qatar, serta menentang langkah Riyadh memboikot Doha.

Dua hari sebelum pembunuhan kejamnya di Konsulat Saudi di Istanbul, Turki, wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi memberitahu rakan-rakan di London bahawa 37 tuduhan itu mendedahkan segala yang mereka perlu ketahui mengenai kedaulatan undang-undang di bawah pemerintahan de facto, Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

“Beliau (Mohammed bin Salman) akan menghancurkan semua perbezaan pendapat dengan apa cara sekali pun. Tuduhan ini mesti didedahkan.

“Sheikh Salman akan dihukum bukan kerana beliau adalah ekstremis. Tetapi kerana beliau adalah seorang yang sederhana. Sebab itu mereka menganggap beliau sebagai ancaman,” kata Kashoggi. – MEE

Pendakwa Arab Saudi mohon hukuman mati terhadap ulama

Seorang lagi ulama Arab Saudi ditangkap, lapor akhbar

Arab Saudi tangkap putera raja, ulama

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close