Berita Utama

Tarikh penting PRK Kemaman diumum hari ini

Sidang media SPR diadakan sejurus selepas mesyuarat khas

KUALA LUMPUR, 2 Rabiulakhir 1445H, Selasa – Tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu dijangka diketahui hari ini.

Satu mesyuarat khas akan diadakan bagi tujuan itu dipengerusikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh di Menara SPR, Putrajaya bermula 10 pagi ini.

Abdul Ghani turut dijadual mengadakan sidang media sejurus selepas mesyuarat khas itu bagi mengumumkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan.

Pada 26 September lepas, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili PAS setelah pihak pempetisyen iaitu Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rentetan itu, pada 3 Oktober lepas PAS memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen berkenaan.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button