Berita UtamaUtama

Perdebatan isu matrikulasi boleh jejas tumpuan warga pendidik

Pertikaian melampaui batas adab tidak sesuai dalam dunia pendidikan

PUTRAJAYA, 17 Ramadan 1440, Rabu – Perdebatan dan pertikaian mengenai isu kemasukan pelajar ke matrikulasi boleh menjejaskan tumpuan warga pendidik sebagai penjawat awam, untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin.

Katanya, pertikaian yang berterusan melibatkan pelbagai pihak selepas sahaja keputusan Jemaah Menteri dibuat, berkaitan dengan kuota 90:10 kemasukan pelajar (Bumiputera/bukan Bumiputera) ke matrikulasi sehingga melampaui batas adab dan kesopanan adalah tidak sesuai dalam dunia pendidikan.

“Oleh itu, kami percaya sebagai Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik wajar dan berhak mempertahankan keputusan Jemaah Menteri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Oleh yang demikian, Dr Amin berkata, warga pendidik dalam Kementerian Pendidikan bertanggungjawab terus untuk mempertahan dan melaksanakan dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan, dan dilaksanakan sepenuh dan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close