Berita UtamaUncategorizedUtama

Perak kibar bendera separa tiang

Sultan Nazrin titah tanda dukacita kemangkatan Sultan Ahmad Shah

IPOH, 17 Ramadan 1440H, Rabu -Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, menitahkan semua bendera di negeri itu dikibarkan separa tiang, sehingga selesai istiadat pemakaman Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, esok.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Sultan Nazrin menitahkan demikian sebagai tanda bersedih dan berdukacita rakyat di negeri itu, atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pagi ini.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Perak Darul Ridzuan turut merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Sultanah Kalsom dan kerabat diraja Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, Almarhum Sultan Ahmad Shah telah meninggalkan banyak jasa sebagai Sultan Pahang kelima dan Yang di-Pertuan Agong ketujuh kepada negara, negeri serta rakyat.

Katanya, sebagai seorang Sultan yang terkenal dengan ungkapan “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”, Almarhum Sultan Ahmad Shah meninggalkan legasi dalam pelbagai bidang merangkumi agama, pentadbiran, ketenteraan, pendidikan, budaya, sosial, kebajikan dan sukan.

Kata beliau, Almarhum Sultan Ahmad Shah juga terkenal sebagai seorang Sultan yang sentiasa mendekati, mesra serta senang didampingi rakyat jelata. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close