Berita UtamaDunia

Penyerang Christchurch hadapi 92 tuduhan termasuk keganasan

Tarrant juga berdepan 51 tuduhan membunuh, 40 cubaan membunuh

WELLINGTON, 17 Ramadan 1440H, Rabu – Lelaki kulit putih kelahiran Australia, yang membunuh 51 jemaah yang solat Jumaat di dua masjid Christchurch, Mac lalu menghadapi pertuduhan baharu membabitkan Akta pengganas.

Tuduhan baharu yang difailkan ke atas Brenton Tarrant itu adalah mengikut undang-undang tindakan keganasan.

Polis mengesahkan pertuduhan mengikut Seksyen 6A, Akta Tindakan Keganasan 2002 difailkan ke atas lelaki berusia 28 tahun itu.

Selain pertuduhan keganasan, Tarrant juga berdepan dengan 51 tuduhan membunuh dan 40 cubaan membunuh apabila merakam secara langsung di Facebooknya pembunuhan yang berlaku.

Tarrant, daripada Grafton, Australia itu dengan sengaja berkongsi video berkenaan ketika melepaskan tembakan rambang ke arah jemaah, selepas memuat naik pautan 73 halaman manifesto di 8chan.

8chan adalah laman web yang disertai berjuta pengguna tanpa nama yang dirahsiakan identitinya dan sebelum ini menjadi lubuk perkongsian kandungan pornografi kanak-kanak.

Video itu menunjukkan dia menerjah masuk ke Masjid Al Noor, Christchurch, pada jam 1.30 petang dengan berpakaian askar. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close