Berita UtamaUtama

Dua polis cedera kereta jatuh longkang ketika kejar suspek

Pemandu sebuah kereta larikan diri daripada sekatan jalan raya

KUALA LUMPUR, 17 Ramadan 1440H, Rabu – Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda (MPV) dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang ketika mengejar suspek yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Bukit Puchong, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, anggota terbabit sedang menjalankan rondaan rutin sebelum terserempak dengan sebuah kereta Proton Satria Neo dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 2.30 pagi.

“Kenderaan dinaiki suspek dilihat cuba berpatah balik berhampiran lokasi sekatan jalan raya berkenaan sebelum anggota terbabit bertindak mengejarnya.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di satu selekoh di Jalan Bukit Puchong, kenderaan suspek dikatakan membrek secara mengejut sebelum terbabas lalu melanggar sebuah kereta yang diletakkan di bahu jalan.

“Ini menyebabkan anggota polis yang menaiki kereta jenis Proton Inspira tidak sempat mengelak lantas terbabas ke dalam longkang yang berada di kiri jalan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Kejadian itu menyebabkan seorang daripada anggota patah pergelangan tangan kiri manakala seorang lagi koyak tisu bahu kiri dan kedua-duanya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Serdang.

“Bagaimanapun, pemandu Proton Satria Neo itu berjaya meloloskan diri dan usaha mengesannya sedang giat dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close