Berita UtamaUncategorizedUtama

VIDEO | Kes gaduh di The Zone masih disiasat

Masalah bayar tiket melalui mesin punca dua lelaki bergaduh

JOHOR BAHRU, 16 Ramadan 1440H, Selasa – Polis masih menyiasat kes pergaduhan yang berlaku di Berjaya Waterfront (The Zone) di sini, yang turut menjadi tular di laman sosial Facebook, awal pagi Isnin (19 Mei).

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, insiden kira kira pukul 1.20 pagi yang membabitkan dua lelaki itu berpunca daripada masalah pembayaran tiket melalui mesin pembayaran di kaki lima hotel dan pusat hiburan The Zone, Stulang, dekat sini.

“Salah seorang suspek tidak berpuashati terhadap seorang lagi suspek kerana mengambil masa yang lama untuk membuat pembayaran melalui mesin berkenaan.

“Selepas tegur menegur berlaku di antara mereka, terjadilah pergaduhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam waktu yang sama, kawan-kawan kedua-dua suspek cuba untuk campur tangan tetapi polis bantuan yang berada di tempat kejadian menahan kedua suspek dan keadaan mulai reda.

Kes tersebut kini masih berada dalam siasatan polis mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan dan merosakkan harta.

Video berkenaan yang tular di laman sosial dua hari lepas menunjukkan kekecohan pergaduhan yang diredakan polis bantuan di tempat kejadian.- Bernama

New Malaysia.. 😱Kejadian pagi tadi di The Zon, Johor Bharu.💢download video on telegram: https://t.me/tuncarlos

Posted by Tun Carlos on Ahad, 19 Mei 2019

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close