Berita Utama

Impikan kuasa semula? Ultra kiasu suka PN, MN terkubur

Teruskan kerja-kerja menyatu orang Melayu, jangan jatuh semula

BANGI, 26 Safar 1442H, Rabu – Berita tentang hasrat UMNO untuk mempertimbang kedudukannya dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja menarik minat rakyat malah turut tidak ketinggalan puak ultra kiasu.

Manakan tidak, mereka dipercayai cukup suka bila mendengar berita berkenaan perpecahan terutama apabila melibatkan PN dan Muafakat Nasional (MN), kerana masih berharap untuk memiliki kuasa semula.

Malah, mereka juga tidak dapat menyembunyikan hasrat untuk duduk semula dikerusi empuk menteri yang suatu masa dahulu pernah dirasai nikmatnya dakwa, pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Disebabkan itu, dakwanya lagi, ultra kiasu cukup seronok apabila Biro Politik UMNO mempertimbangkan untuk menarik diri daripada PN.

“Peliknya parti lain tidak pula ditegurnya. Tak diulas pun tentang pertemuan pemimpin yang disokongnya dengan YDPA, dan bolak-balik yang berlaku dalam kalangan ultra kiasu.

“Pokoknya, UMNO dan PAS jangan goyah dan peduli dengan psywar dia ini. Teruskan kerja-kerja menyatu, jangan jatuh semula. Perebutan kuasa memang biasa berlaku,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, UMNO bersetuju mempertimbang untuk menarik diri daripada menyokong PN dan akan memberi syarat baharu kepada gabungan itu bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO semalam.

Mengulas perkara itu, Prof Mohd Ridhuan Tee tidak menafikan, wujud masalah antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“UMNO parti besar, PPBM parti kecil. Sama seperti PAS dengan PAN. PAS parti besar, PAN parti kecil.

“Memang tidak logiklah parti kecil mendapat lebih kuasa daripada parti besar. UMNO sudah mula merasainya. Sudah tentu UMNO kecewa bagaimana sebagai sebuah parti besar diketepikan berbanding parti kecil,” katanya.

BACA PENUH ULASAN PROF DR MOHD RIDHUAN TEE DI RUANGAN PENDAPAT ISMAWEB.NET

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button