Berita UtamaUtama

CAP gesa pembentangan RUU Majlis Halal dipercepat

Tubuh jawatankuasa bebas pantau agensi menangani isu halal haram

GEORGE TOWN, 16 Ramadan 1440H, Selasa – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan untuk mempercepatkan pembentangan Rang Undang-undang Majlis Halal Kebangsaan di Parlimen.

Naib Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, akta baharu itu dapat membantu memastikan pengeluar bertindak lebih bertanggungjawab dalam melabelkan makanan dan produk sebagai halal dan bukan sebaliknya membebani pengguna untuk menentukan status produk halal.

“Kami mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas usaha untuk membentangkan Rang Undang-undang Majlis Halal Kebangsaan yang akan menangani semua aspek industri halal. Akta ini juga perlu menjelaskan mengenai penggunaan yang sesuai perkataan ‘tidak halal’.

“Istilah ini harus meliputi tidak hanya daging dan produk yang mengandungi daging khinzir tetapi juga semua produk lain yang dilarang dalam Islam seperti kaedah penyembelihan dan sebagainya,” kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, sejak 1977 CAP telah menguji dan memeriksa produk haram dan kajian mereka menunjukkan bahawa industri lebih mengutamakan keuntungan daripada kewajiban terhadap agama.

Mohideen berkata pada masa ini, urusan halal di negara ini diurus oleh undang-undang yang mengandungi banyak ruang untuk menipu oleh perniagaan yang tidak bertanggungjawab.

“Sebagai contoh, masyarakat Islam di negara kita masih menghadapi isu pemalsuan sijil halal, isu pemprosesan makanan yang tidak mematuhi undang-undang Islam dan isu bahan makanan yang tidak pasti dan tidak menepati kebersihan.

“Produk sampingan haiwan yang dipersoalkan seperti gelatin mungkin digunakan oleh industri makanan sebagai makanan tambahan dan bahan dalam makanan yang diproses,” katanya.

Beliau berkata rangka, kerja undang-undang semasa mengenai makanan haiwan di Malaysia juga sama sekali mengabaikan isu-isu halal dan antibiotik. Justeru, sudah tiba masanya bagi kerajaan untuk memastikan keperluan halal dan melarang penggunaan antibiotik dalam makanan haiwan.

“Pada masa yang sama, pihak berkuasa perlu mendidik orang ramai untuk memfailkan aduan berkaitan penyalahgunaan halal dan menubuhkan sebuah jawatankuasa bebas untuk memantau keberkesanan agensi yang diamanahkan untuk menangani isu halal haram di Malaysia,” katanya. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close