Berita UtamaDuniaUncategorizedUtama

5 kanak-kanak antara korban serangan udara Russia

Serangan berhampiran hospital turut bunuh empat wanita

IDLIB, 16 Ramadan 1440H, Selasa – Lima kanak-kanak antara 10 orang awam yang terbunuh dalam serangan udara Russia – sekutu kerajaan Syria – di sini, beberapa jam selepas Moscow mengumumkan gencatan senjata.

Organisasi Pertahanan Awam Syria yang juga dikenali sebagai White Helmets mengesahkan kematian lima kanak-kanak dalam serangan udara itu.

Sementara itu, pemerhati hak asasi manusia Syria turut mengesahkan jumlah korban yang sama, membabitkan empat wanita dan seorang lelaki.

“Serangan itu berlaku berhampiran sebuah hospital di bandar terbabit, sehingga menjejaskan perkhidmatan,” kata badan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu.

Kumpulan bersenjata Hay’et Tahrir al-Sham (HTS), bekas sekutu al-Qaeda, mengawal sebahagian besar wilayah Idlib dan beberapa kawasan Aleppo, Hama serta Latakia.

September lalu, Russia dan Turki, bersetuju menjadikan Idlib sebagai zon bebas perang, di mana tindakan pencerobohan adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, kerajaan Syria dan sekutunya tetap melancarkan beberapa serangan di zon berkenaan sejak penghujung April lalu, menyebabkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran terhadap krisis kemanusiaan yang berpotensi berlaku di rantau itu.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close