Berita UtamaDuniaUtama

Saudi pintas peluru berpandu Houthi sasar Makkah, Jeddah

Patriot musnahkan Burkhan-1 di ruang udara Taif hari ini

JEDDAH, 15 Ramadan 1440H, Isnin – Tentera udara Arab Saudi, hari ini memintas dua peluru berpandu puak Syiah Houthi Yaman yang dihalakan ke arah Makkah, dan bandar ini.

Stesen televisyen Al Arabiya memetik sumber sebagai berkata, kedua-dua peluru berpandu itu dipintas dan dimusnahkan di ruang udara Taif, bandar peranginan tanah tinggi yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Makkah.

Angkatan pertahanan udara Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang menuju Jeddah dan Makkah, lapor media Arab Saudi.

Pada masa sama, kerajaan Yaman mengutuk tindakan militan Syiah Houthi yang menyasarkan Makkah, sambil menegaskan serangan ke atas tanah suci itu adalah perbuatan pengganas.

Syiah Houthi sebelum ini pernah beberapa kali menembak peluru berpandu balistik Burkan-1 ke arah Makkah, dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di sini, tetapi berjaya dipintas.

Angkatan tentera Arab Saudi memiliki peluru berpandu darat ke udara Patriot bagi mempertahankan serangan Houthi, yang menyasarkan beberapa bandarnya.

Puak militan Syiah Houthi pula dilaporkan memiliki simpanan peluru berpandu era Soviet – Scud.

Sementara itu, netizen media sosial mengutuk tindakan militan Houthi yang menyasarkan kota suci Makkah, khususnya ketika umat Islam mula memenuhi Masjidil Haram, menjelang 10 malam terakhir Ramadan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close