ArtikelBerita UtamaUtama

Maszlee dihentam, zombi dikunci

DAP mendominasi ruang maya dan negara dengan ribuan tentera Iblis

DAHSYAT betul candu gagasan Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syari’ah ini – DAP dan sekutunya hentam sahabat mereka Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kiri dan kanan, mereka masih bersangka baik dan merelakan penghinaan yang jahat ini.

Ramai yang sekadar menyuarakan sokongan tapi tidak seorang pun berani membantah, mengkritik dan mengecam DAP dan sekutu parti rasis cauvinis itu.

Status Presiden Isma mengenai setem gereja dikecam hebat oleh ribuan tentera Iblis di alam maya. Tetapi apabila menteri pendidikan dikecam, ribuan tentera Iblis terus terkunci mulut mereka. Bagaikan zombi, mereka kembali ke gua dan tempat persembunyian mereka. Zombi-zombi ini sesekali tidak akan melawan arahan ketua mereka.

Satu sahaja kesimpulan yang boleh dibuat – bahawa DAP telah mendominasi ruang maya (dengan ribuan tentera Iblisnya) di samping penguasaan mereka dalam ruang politik dan pemerintahan negara.

Mereka benar-benar mendominasi medan politik negara. Tidak syak lagi.

Kepada mereka yang masih mengharapkan kebaikan dan manfaat melalui persahabatan dan kerjasama dengan parti rasis cauvinis ini, percayalah, parti rasis cauvinis tersebut selama-lamanya tidak akan terpegun dengan agenda kamu, apatah lagi untuk tunduk kepada sifir-sifir politik kamu.

Kamu hanyalah satu alat yang paling mudah dipergunakan untuk menjayakan hasrat dan cita-cita politik mereka. Mereka akan mencampak kamu ke mana mereka suka dan mengabaikan kewujudan kamu apabila jasa-jasa kamu sudah tidak diperlukan lagi.

Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang!

Biarpun pelbagai alasan seperti ‘fitnah’, ‘persepsi’ dan sebagainya digunakan untuk menutup kemungkaran DAP atau membela muslihat mereka, hakikatnya DAPlah satu-satunya parti berasaskan etnik yang sedang menguasai posisi-posisi kritikal dan penting dalam negara – kewangan, media, pendidikan, industri dalam negara.

Mereka lebih dominan dalam Parlimen dan dewan-dewan undangan negeri dan tidak keterlaluan kalau disebut bahawa mereka jugalah ‘bayang-bayang di belakang penggubal polisi dan dasar-dasar negara.

Kamu cuma enggan mengakui hakikat ini sahaja, sedangkan umat dan masyarakat sudah lama sedar dan maklum akan hakikat ini.

Kamu berpuas hati hidup dalam dunia ‘persepsi’ dan ‘dogmatik’ yang telah mengkaburi minda sihat dan akal waras kamu lalu menganggap bahawa pihak lain sedang mengganggu keasyikan menantikan wujudnya Negara Rahmah yang kononnya akan melestarikan persamaan hak dan kemuliaan insan.

DAP tidak akan menolak, bahkan akan menyokong kuat gagasan kamu ini dengan syarat Negara Rahmah yang kamu idam-idamkan itu berwajah sekular. Negara yang tidak bersifat sekular akan menggagalkan segala agenda dan perancangan DAP.

Justeru, sejak awal lagi mereka tidak pernah menolak gagasan Rahmatan Lil Alamin dan Maqasid Syari’ah bermodelkan Malaysia. Ini menepati roh perjuangan mereka yang sekular dan anti-Islam.

Alasan kononnya dalam kumpulan kamu terdapat ramai pemimpin Melayu/muslim yang kompeten juga sangat dangkal dan primitif. Tidak ada data atau statistik yang boleh meyakinkan umat bahawa pemimpin-pemimpin yang dimaksudkan telah menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka dalam mempertahankan Islam dan kepentingan umatnya secara bermaruah dan berkesan.

Malah, dalam banyak kes, mereka ini jugalah yang membuka pintu seluas-luasnya kepada kemaraan dominasi DAP di koridor-koridor kuasa.

Bukan sukar untuk memahami tabiat dan permainan serta muslihat politik DAP yang licik. Di saat mereka belum benar-benar berkuasa, mereka akan melayan kamu ala kadarnya, setakat yang tidak akan mengancam agenda mereka.

Akan tetapi, di saat mereka mendapati kamu telah memasuki ‘kawasan larangan’ mereka atau cuba menghalang kehendak mereka, atau cuba menyentuh kepentingan-kepentingan mereka, atau cuba menyekat kemaraan politik mereka, atau cuba mengurangkan kuasa dan kewewenangan mereka, mereka akan membalas dengan serangan balas yang tidak disangka-sangka, tanpa kasihan.

Mereka akan mempersetankan hubungan dan keakraban kamu selama ini, mereka tidak akan mempedulikan siapa tokoh dan pemimpin kamu, mereka akan melepaskan anjing-anjing dan ribuan tentera Iblis di alam maya untuk mengasak dan menjatuhkan kewibawaan pemimpin kamu… sehingga kamu terperosok dalam keadaan terhina dan dimalukan.

Keangkuhan, kebiadaban dan kesombongan mereka tidak akan mendorong mereka untuk meminta maaf, secara jujur dan ikhlas terhadap pihak yang mereka telah mangsakan, walaupun tipu muslihat dan keceluparan mereka akhirnya dapat dibongkarkan.

Persepsi? Fitnah?

Itu adalah hakikat yang kamu enggan terima dan mengakuinya.

Pendirian atau sikap kamu semua dapat dimaafkan, dek kerana keterbatasan akal kamu untuk memahami dengan mendalam hakikat perseteruan antara Haq dan Batil, atau hakikat medan pertempuran dan watak-watak yang berperanan di dalamnya.

Lebih malang sekiranya kamu menjadi pembuka jalan kepada bertakhtanya dominasi mereka ke atas sumber-sumber kekuatan dan kedaulatan umat serta puncak kuasa politik negara.

Semoga Allah memelihara umat dan bangsa daripada musibah ini!

Mohd Luttfi Abdul Khalid

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close