Berita UtamaUtama

‘Man Puchong’ masih diburu

Polis soal siasat 10 individu serang rumah pengarah MPS

KUALA LUMPUR, 15 Ramadan 1440H, Isnin – Polis memburu individu Jafni Abdullah atau dikenali sebagai ‘Man Puchong’ bagi membantu siasatan kes ugutan terhadap seorang pengarah penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya sebelum ini telah mengeluarkan arahan supaya individu berkenaan tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.

“Tiada sebarang tangkapan terbaru dibuat setakat ini manakala individu lain yang ditahan sudah diambil keterangan. Setakat ini, Man Puchong masih belum tampil untuk membantu siatasan,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Sebelum ini, pihak polis menahan lapan lelaki dan dua wanita yang disyaki terbabit dalam kes ugutan itu.

Pada 28 April lepas, rumah dan kereta Pengarah Penguat Kuasa MPS di Taman Muhibbah, Rawang itu telah diserang oleh beberapa lelaki.

Dua kenderaan milik mangsa turut disimbah cat berwarna merah selain tong cat berisi paku, besi dan serpihan kertas telah dibakar dengan mercun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close