TarbiyyahUncategorized

Kempen Ramadan Mendidik edar 5,000 pek juadah berbuka puasa

Projek inisiatif PACU, Pembina fokus kepada mahasiswa, miskin bandar

BANGI, 15 Ramadan 1440H, Isnin – Sekurang-kurangnya 5,000 orang menerima manfaat sumbangan pek berbuka puasa percuma di sekitar Bangi, Kuala Lumpur dan Shah Alam pada 16 dan 18 Mei lalu.

Jumlah itu adalah salah satu sasaran Projek Street Dakwah anjuran Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU), Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), The Amal Project, Sister of Jannah, dan Projek Lembah Pantai.

Projek itu adalah antara inisiatif di bawah ‘Kempen Ramadan Mendidik’ yang menjadi platform mahasiswa untuk berkhidmat bakti kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Pengerusi Pembina cawangan Bangi, Sulaiman Shahril berpendapat bahawa projek berkenaan mendidik sukarelawan, terutama mahasiswa untuk merasai kepentingan memberi daripada menerima.

“Yakinlah bahawa kita tidak akan miskin apabila memberi bahkan mendapat ganjaran berlipat ganda di dunia dan akhirat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PACU, Muhammad Hanafi Muidnudin berkata, objektif projek itu adalah untuk mempromosikan Kempen Ramadan Mendidik yang mengajak dan menyentuh masyarakat serta mahasiswa bersama-sama terbabit melalui sumbangan bersama PACU dan Pembina, dalam menghulurkan bantuan.

“Kita memberi fokus kepada golongan mahasiswa, masyarakat yang hidup di kawasan ‘miskin bandar’, para musafir, pemandu-pemandu bas dan orang yang menjaga kedai. Malah, ia diperluaskan ke seluruh Lembah Klang jika peroleh banyak lagi sumbangan,” katanya.

Kempen berkenaan mendapat sambutan yang mengalakkan bermula daripada sumbangan orang ramai sehingga kepada edaran makanan berbuka.

“Projek ini baik sebagai medan melatih sukarelawan khususnya mahasiswa dalam menerapkan nilai-nilai seperti memupuk sifat qanaah yakni bersederhana dan bersyukur dalam kehidupan serta menjadikan seorang mahasiswa yang suka memberi dan bersedekah terutamanya kepada masyarakat yang memerlukan di luar sana,” kata sukarelawan, Atikah Abd Rahman.

Manfaat projek ini juga turut dirasai orang bukan Islam seterusnya menjadi medan perkenalan mereka kepada keindahan Islam.

Sebarang sumbangan Kempen Ramadhan Mendidik dan projek pendidikan bolehlah disalurkan kepada Maybank TabungPendidikan Ummah 5628 3464 2417 (Per Kecemerlangan Pendidikan Ummah) atau hubungi 0 126073955.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close