Komuniti

Isma Melaka Tengah santuni asnaf kelainan upaya

Ramadan Mohd Idham, sekeluarga tidak seperti orang lain

JASIN, 15 Ramadan 1440H, Isnin – Hendak terbang tidak bersayap, hendak hinggap tiada berkaki. Itulah gambaran nasib yang dialami oleh Mohd Idham Latif, 21, yang bergantung harap kepada bantuan orang lain untuk hidup.

Ibunya, Rosita Binti Malan berkata, sambutan Ramadan mereka tidak seperti orang lain yang boleh fokus untuk beribadah.

Ini kerana, katanya, dia perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada anak, tambahan pula anaknya sudah mula menggunakan ‘ryle tube’ (salur pemakanan).

Atas dasar keprihatinan, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Melaka Tengah sempat menziarahi Mohd Idham dengan bantuan maklumat daripada Jawatankuasa Masjid Al-Marbawi, Kampung Ayer Merbau.

Wanita Isma Syukbah Jasin, Nafisah Binti Abdul Latif bersama beberapa ahli dan kariah masjid menyerahkan sumbangan kepada keluarga berkenaan, bagi menampung keperluan sepanjang Ramadan.

Pengarah program Bakul Kasih Ramadhan Melaka, Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak berkata, beliau meletakkan sasaran 20 set sumbangan pada awalnya.

Namun setakat hari ini, sudah 50 set sumbangan dapat dikumpulkan dan diberikan kepada asnaf hasil iklan kepada masyarakat.

Bagi mana-mana pihak atau individu yang ingin menyumbang bagi program ini, boleh memberikan sumbangan menerusi En Nazriq, wakil Yayasan Ikhlas Cawangan Melaka di talian 019-9456807.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close