Berita UtamaKomunitiUtama

Wanita Isma santuni golongan mualaf, keluarga miskin

Kumpul sumbangan sebelum Ramadan bukti prihatin kesusahan rakyat

KLANG, 14 Ramadan 1440H, Ahad – Sempena Ramadan ini, Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana mengambil peluang menyampaikan sumbangan kepada golongan mualaf dan keluarga miskin di sekitar kawasan di sini melalui Program Maidah Ramadan.

Maidah Ramadan adalah inisiatif Wanita Isma dalam menzahirkan rasa prihatin terhadap keperluan masyarakat yang kurang kemampuan dan berkongsi rezeki dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Pengarah Program Maidah Ramadan, Ustazah Zakiah Abd Rahman berkata, pihaknya giat mengumpul sumbangan daripada orang ramai melalui hebahan di atas talian dan media sosial sebelum Ramadan lagi.

“Alhamdulillah ramai yang prihatin dan menyumbang. Ada yang memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit mahupun barang keperluan makanan. Seramai 10 keluarga dapat kita santuni pada tahun ini dan ini adalah tahun ke-3 kita menjalankan Program Maidah Ramadan.

“Diharapkan program ini dapat kita jadikan sebagai program tahunan agar ramai lagi dapat kita bantu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Isma, Ustazah Suriani Sudi yang turut serta menjelajah dari rumah ke rumah untuk menyampaikan sumbangan Maidah Ramadan 2019 itu berkata, program seperti ini adalah bukti bahawa Wanita Isma turut bersama merasai kesusahan masyarakat.

“Kita harap sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu individu dan keluarga yang memerlukannya,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close