Berita UtamaDunia

Palestin bakal adakan 3 pilihan raya tahun ini

Pilihan raya bakal memilih Ahli Parlimen, Presiden, Majlis Nasional

BAITULMAQDIS, 3 Jamadilakhir 1442H, Sabtu –  Musim bunga dan panas tahun ini menjadi pilihan Palestin untuk mengadakan tiga pilihan raya selepas 14 tahun.

Tiga pilihan raya itu meliputi pemilihan Parlimen, Presiden dan Majlis Nasional.

Berdasarkan keputusan itu, pemilihan Parlimen akan diadakan pada 22 Mei, pemilihan Presiden pada 31 Julai, manakala pemilihan Majlis Nasional Palestin pada 31 Ogos tahun ini.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menandatangani keputusan itu ketika bertemu Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), di ibu pejabat presiden di Ramallah dekat Tebing Barat.

Sementara itu, Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan Fattah yang mengalami konflik sejak 2007 telah mengadakan pertemuan pada September tahun lalu serta bersetuju mengadakan pemilihan Parlimen dan Presiden.

Pada 31 Disember lalu, pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh telah menulis surat rasmi kepada Mahmoud untuk mengakhiri perpecahan dalaman Palestin dan mengadakan pilihan raya umum di wilayah Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button