Berita UtamaDuniaUtama

Ahli politik Belanda ditangkap bawa bendera Palestin

Tunahan buat lawatan kerja dan sambut Hari Nakba Palestin

BAITULMAQDIS, 14 Ramadan 1440H, Ahad – Hanya kerana membawa bendera Palestin, seorang ahli politik Belanda ditangkap rejim pengganas Israel, selepas solat Jumaat, di Baitulmaqdis baru-baru ini.

Ketua parti politik DENK dan Ahli Parlimen, Tunahan Kuzu ditahan ketika berjalan menuju ke Masjid al-Aqsa dengan bendera Palestin di tangannya.

Menerusi rakaman video yang tular, rejim Zionis turut merampas bendera Palestin berkenaan.

Tunahan yang berasal dari Turki membuat lawatan kerja ke Baitulmaqdis, termasuk mengadakan mesyuarat bersama wakil masyarakat di Palestin.

Mesyuarat berkenaan bagi membincangkan perkembangan baru di rantau itu, serta mengambil bahagian dalam ulang tahun ke-71 Peristiwa Nakba Palestin pada Rabu.

Rakyat Palestin memperingati 15 Mei sebagai Peristiwa Nakba atau malapetaka yang berlaku 70 tahun lalu, di mana lebih 700,000 warga Palestin diusir dari tanah air mereka dengan kewujudan negara Israel.

Palestin mengadakan demonstrasi setiap minggu berhampiran sempadan Israel sebagai protes bersiri susulan bantahan besar-besaran Great March of Return, pada Mac tahun lalu.

Penganjur Great March of Return telah berulang kali menyeru masyarakat antarabangsa agar melaksanakan Resolusi 194 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menegaskan mengenai hak pelarian Palestin untuk pulang ke negara asal mereka.

Rejim Zionis menafikan hak asasi jutaan penduduk Gaza termasuk kebebasan bergerak, pekerjaan, serta rawatan kesihatan dan pendidikan.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close