Berita UtamaUtama

Syor skim gaji baharu insentif kepada guru ada MA, PhD

Ambil kira pengalaman, perkhidmatan agar insentif beri manfaat

BANGI, 13 Ramadan 1440H, Sabtu – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyambut baik cadangan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memberi insentif kepada guru yang melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah sarjana (MA) dan doktor falsafah (PhD).

Bagaimanapun Presiden iGuru, Ustaz Mohd Azizee Hasan mencadangkan supaya insentif itu tidak terhad kepada guru yang sudah memiliki MA atau PhD untuk memulakan perkhidmatan, tetapi turut diberikan kepada semua guru yang memilikinya ketika dalam perkhidmatan.

Beliau mengesyorkan, insentif itu diberikan dalam bentuk perubahan skim gaji baharu bagi yang sudah memiliki MA atau PhD untuk memulakan perkhidmatan sebagai guru.

“Manakala yang telah memiliki MA dan PhD semasa dalam perkhidmatan diberikan kenaikan dua kali hadiah kenaikan gaji secara tahunan mengikut tahap ijazah lanjutan mereka sama ada MA atau PhD.

“Langkah ini diharap akan dapat merangsang para guru untuk meningkatkan kompetensi diri mereka dan profesionalisme keguruan mereka dari sudut ilmu dan kemahiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Ustaz Mohd Azizee turut mengharapkan supaya aspek pengalaman dan perkhidmatan guru diambil kira bagi memastikan insentif itu memberi manfaat kepada mereka.

“iGuru berharap pihak KPM dapat mempertimbangkannya dan hadiah ini diharap mengangkat martabat profesion perguruan,” katanya.

Khamis lalu, Kementerian Pendidikan mengumumkan cadangan untuk memberi insentif kepada guru yang melanjutkan pengajian pada peringkat MA dan doktor falsafah.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata kementerian itu akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai bentuk insentif berkenaan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close