Berita UtamaUncategorizedUtama

Ismail Sabri letak jawatan Pengerusi UMNO Selangor

Mat Nadzari ambil alih tugas sementara

SHAH ALAM, 13 Ramadan 1440H, Sabtu – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang dipegangnya sejak hampir setahun, berkuatkuasa 1 Mei lepas.

Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau telah memanggil Mesyuarat Khas Badan Perhubungan Umno Selangor pada 5 April lepas, melibatkan ketua bahagian serta ketua sayap dan mengumumkan untuk melepaskan jawatan itu, pada 1 Mei.

Katanya, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan akan memangku tugas pengerusi, sehingga ia diumumkan Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden Dato Seri Mohamad Hasan.

“Insya Allah nama berkenaan dijangka akan diumumkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang,” katanya. -Bernama

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close