Berita UtamaDuniaUncategorizedUtama

Budak 9 tahun antara ditahan sepuluh hari pertama Ramadan

13 ahli Parlimen juga ditahan. Sembilan adalah tahanan pentadbiran

GAZA, 13 Ramadan 1440H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 100 warga Palestin termasuk empat wanita, dilaporkan ditahan oleh rejim pengganas Zionis, pada 10 hari pertama Ramadan.

Dalam satu kenyataan Pertubuhan Tahanan Warga Palestin (PPS) berkata, rejim Zionis turut menyerang Tebing Barat yang diduduki dan Baitulmaqdis, selain menyerbu kediaman dan menahan berpuluh-puluh rakyat Palestin.

Tahanan termasuk 18 kanak-kanak lelaki, dan yang paling muda adalah Mousa Ramadan berusia sembilan tahun yang ditahan di Pos Pemeriksaan di bandar al-Khalil (Hebron), di selatan Tebing Barat.

Selain itu, pasangan kembar Mohammed dan Ahmed Abu Adi, 13, turut ditahan selepas rumah mereka di Kafr Ni’ma, terletak di barat laut Ramallah diserbu rejim Zionis.

Pada masa sama, tujuh wartawan dan aktivis hak asasi manusia juga ditahan ketika membuat liputan pengusiran petani Palestin dari tanah mereka di Lembah Jordan.

Lima lagi rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza juga ditahan, termasuk tiga nelayan yang sedang menangkap ikan di luar pantai.

Media melaporkan lebih 7,000 penduduk Palestin ditahan di penjara Israel dan ratusan daripada mereka ditangkap secara penahanan pentadbiran, iaitu dasar di mana warga Palestin dikurung tanpa perbicaraan atau pertuduhan.

Beberapa warga Palestin dijadikan tahanan pentadbiran sehingga sebelas tahun dan mereka melancarkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap tindakan yang dikenakan oleh rejim pengganas Zionis.

Laporan juga menyebut sekurang-kurangnya 13 Ahli Parlimen Palestin dipenjarakan dan sembilan daripadanya adalah tahanan pentadbiran. -Agensi
 

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close