Berita UtamaUtama

Apakah maksud Islam ditekan? Ini jawapan Presiden Isma

Polisi kerajaan, perundangan dan Perlembagaan penentu sama ada Islam terikat ibadah ritual atau menyeluruh dalam konteks bernegara

BANGI, 13 Ramadan 1440H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana kekal dengan pendirian bahawa Islam terancam di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya berkata, susulan kenyataannya mengenai Islam semakin ditekan di era ‘Malaysia Baru’ baru-baru ini, ada pihak bersungguh-sungguh menyangkal kenyataan itu walaupun pelbagai bukti telah dikemukakan.

“Mereka kata kita masih lagi bebas beribadat, solat, puasa, mengaji dan sebagainya. Ini semua adalah amalan peribadi masing-masing.

“Sebenarnya, apa yang paling penting adalah perundangan, Perlembagaan dan polisi-polisi kerajaan.

“Inilah yang akan menentukan adakah Islam hanya terikat pada ibadah-ibadah ritual sahaja, ataupun Islam itu merangkumi konteks yang lebih luas iaitu perlaksanaan Islam yang menyeluruh terutamanya dalam (konteks) bernegara,” katanya.

Selain itu, Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menegaskan, ajaran bahawa Islam adalah liberal hanya akan merosakkan pemikiran umat Islam.

“Akhirnya, umat Islam tidak bebas untuk melaksanakan syariat dalam konteks bernegara terutamanya dalam perundangan. Inilah yang dikatakan sebagai tekanan. Wallahu’alam,” katanya.

Terdahulu dalam rancangan Analisis terbitan TV Al-Hijrah, Haji Aminuddin menegaskan bahawa umat Islam rasa dibuli dan ditekan di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Antara fakta diketengahkan termasuk pelantikan peguam negara bukan Islam; konsep Rahmatan Lil Alamin yang dibawa kerajaan yang jelas bertentangan dengan pengertian sebenar; serta kritikan terhadap pembelajaran agama Islam di sekolah dan IPT di mana ia dianggap terlalu banyak.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini.

Beliau mendakwa pelbagai kenyataan dibuat oleh individu dalam kerajaan yang dianggap menghina orang Islam.

Dakwanya pihak yang menimbulkan ketegangan itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan, manakala individu yang berkongsi pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam ditangkap.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close