Berita UtamaUncategorizedUtama

Najib mohon batal 3 tuduhan ubah wang haram RM27 juta

Pendakwaan kekal pertuduhan sah dan sesuai: DPP Budiman

KUALA LUMPUR, 12 Ramadan 1440H, Jumaat – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengemukakan permohonan bagi membatalkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Ketua peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata demikian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan semasa pengurusan kes hari ini.

“Kiranya kami akan membuat permohonan untuk membatalkan tiga pertuduhan itu, memandangkan mereka (pasukan pendakwaan) mengusahakan tujuh pertuduhan tetapi tertumpas akhirnya.

“Ia tidak kelihatan seperti mempunyai predikat kesalahan dan berdiri dengan sendiri, itulah sebabnya Timbalan Pendakwaraya (DPP) memohon satu tarikh perbicaraan yang pendek,” katanya, merujuk kepada tujuh pertuduhan pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah yang dihadapi oleh Najib yang kini memasuki hari ke-18 perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ketika membalas, DPP Budiman Lufti Mohamed memberitahu mahkamah, bahawa pendakwaan mengekalkan pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM27 juta itu adalah sah dan sesuai. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close