Berita UtamaUtama

VIDEO | Tembakan di kuil: Polis kenal pasti empat individu

Polis siasat perbuatan 4 individu ikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960

SHAH ALAM, 11 Ramadan 1440H, Khamis – Polis mengenal pasti empat individu yang melepaskan tembakan ke udara ketika satu upacara di sebuah kuil di Tanjong Karang dekat sini Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, keempat-empat suspek berumur antara 30 hingga 67 tahun itu telah dikenal pasti dan akan ditahan dalam masa terdekat bagi siasatan lanjut.

“Senjata api yang digunakan dalam kejadian berkenaan turut telah dikenal pasti dan akan dirampas polis.

“Semua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular beberapa video memaparkan sekumpulan individu menggunakan sepucuk senapang patah melepaskan kira-kira 20 tembakan ke udara, semasa satu upacara di Kuil Sri Pachai Marathu Muniandy, Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close