Berita UtamaIstimewaUtama

Video budak merayau: Polis arah keluarga tampil beri keterangan

Penunggang motosikal berkuasa tinggi selamatkan kanak-kanak

SHAH ALAM, 11 Ramadan 1440H, Khamis – Polis meminta keluarga seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui berjalan seorang diri di Puncak Alam Fasa 2 dekat sini, petang semalam, supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh bagi memberi keterangan berhubung kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata, keterangan keluarga kanak-kanak itu perlu bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 (kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan).

“Kanak-kanak ini telah dijumpai oleh seorang lelaki (orang awam) dan kemudiannya menghantar kembali kepada bapa kanak-kanak iyi yang sedang tidur dirumah.

“Ekoran kejadian itu, satu laporan polis dibuat dan kita minta keluarga kanak-kanak ini tampil dan berjumpa dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Samri Abd Hamid untuk siasatan lanjut kes itu,” katanya.

Semalam viral di media sosial video seorang kanak-kanak perempuan dipercayai berusia 6 tahun dilihat berjalan seorang diri dan nyaris dilanggar kenderaan berat.

Kanak-kanak perempuan itu yang dipercayai mencari ibunya, diselamatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menyedari kehadirannya di kawasan Puncak Alam terbabit. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close