Berita UtamaUtama

Polis, tentera siasat kapten curi bet tangan berjenama mewah

Pegawai tentera curi barang untuk lunas hutang judi atas talian

KUALA LUMPUR, 11 Ramadan 1440H, Khamis – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melengkapkan siasatan kes penahanan seorang kapten tentera yang disyaki mencuri beg berjenama mewah di sebuah pusat beli-belah di Jalan Imbi, Bukit Bintang, di sini.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin berkata ATM tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pegawai atau anggota ATM terbabit dalam kesalahan tatatertib.

“ATM sedia memberi segala maklumat yang diperlukan kepada PDRM dalam siasatan kes ini,” katanya selepas hadir di majlis berbuka puasa Sekolah Tahfiz Anak Yatim ATM di Wisma Perwira ATM, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan seorang kapten ATM pada 9 Mei selepas memecah masuk sebuah premis menjual beg tangan berjenama di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jalan Imbi, Bukit Bintang, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada pemilik premis perniagaan berkenaan setelah menyedari premisnya dipecah masuk kira-kira 11 pagi pada 3 Mei lepas.

Mohd Fahmi berkata, siasatan polis menunjukkan pegawai tentera itu melakukan perbuatan pecah masuk kedai bagi melunaskan hutang akibat gian berjudi dalam talian.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai penugasan pegawai dan anggota ATM di perbatasan negara ketika Aidilfitri, Zulkifli berkata, tidak ada perubahan dari segi penugasan malah mereka bertugas seperti biasa.

“Mereka bertugas seperti biasa di perbatasan negara, di perairan dan di udara. Insya-Allah pada tahun ini kesemua panglima ketiga-tiga perkhidmatan ATM akan berhari raya bersama mereka di perbatasan.

“Tujuan berhari raya bersama mereka di kawasan operasi adalah untuk memberi semangat kepada mereka untuk bertugas dengan lebih baik,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close