Berita UtamaUtama

Penjawat awam, pesara dapat bantuan khas sempena Aidilfitri

Anggaran peruntukan bantuan khas kewangan sebanyak RM855 juta

PUTRAJAYA, 11 Ramadan 1440H, Khamis – Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam daripada Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut perayaan Aidilfitri tahun ini.

Pejabat Perdana Menteri berkata, bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 0.8 juta pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka dengan jumlah bayaran sebanyak RM225.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei depan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close