Berita UtamaUtama

Mayat ketua jururawat ditemui

Polis tangkap lelaki warga Nigeria dan Pakistan bantu siasatan kes

SHAH ALAM, 11 Ramadan 1440H, Khamis – Polis mengesahkan mayat seorang wanita yang ditemui di sebuah kondominium di Cyberjaya, semalam, adalah Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, polis menerima maklumat mengenai darah yang mengalir keluar dari sebuah unit kondominium itu kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Katanya, anggota polis yang dihantar ke tempat kejadian menemui satu mayat yang mempunyai kesan kelar di dada, leher dan kepala, terlentang di lantai rumah berkenaan.

“Dua lelaki warga Nigeria dan Pakistan ditahan di Kuala Lumpur berkaitan kes itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Siti Kharina dilaporkan hilang, sejak Rabu lalu. Pihak pengurusan Hospital Serdang mengesahkan beliau dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada Rabu minggu lalu, dan memandu kereta Honda City berwarna putih.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close