Pendapat

Surah al-Fatihah yang sangat futuristik, kontemporari

Gejala murtad, kufur tak peduli siapa jadi pemerintah

TERDAPAT satu ungkapan yang masyhur mengenai gejala murtad yang pernah berlaku di zaman awal Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad ﷺ iaitu Ar Riddah Wa La Aba Bakr Laha (Gejala Murtad telah berlaku namun tidak ada insan setegas dan seberani Abu Bakar as Siddiq untuk menanganinya.)

Demikian juga: Al Kufr Wa La Al Faruq Laha. (Kekufuran semakin mendominasi namun tidak ada insan seperkasa dan segarang ‘Umar Al Khattab untuk menghadapi dan menewaskannya!).

Petikan di atas telah saya muatkan di dalam satu status saya bertarikh 6 Julai 2018. (https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/1949778128379521).

Keadaan dan suasana politik dan pemerintahan mungkin sudah berubah. Bagaimanapun, gejala kemurtadan dan kekufuran ini tidak peduli langsung siapa yang menjadi pihak pemerintah atau siapa yang bersemayam di Putrajaya.

Ia juga tidak mengenali faktor ruang, masa dan tempat.

Iblis sudah memberi satu akujanji (undertaking) sejak penciptaan manusia pertama lagi bahawa beliau akan menyesatkan manusia dari jalan Allah.

Iblis juga dengan beraninya meminta agar Allah menangguhkan dahulu perlaksanaan azab dan hukuman ke atasnya sehingga hari Kiamat (satu postponement yang paling panjang dalam sejarah alam semesta – diluluskan oleh Sang Pencipta dan tempohnya masih lagi berkuatkuasa hingga sekarang!).

Ini merupakan satu testimoni yang sangat kuat bahawa agenda untuk menyesatkan hamba-hamba Allah (manusia) sudah bermula sejak dari hari pertama manusia diciptakan dan tidak akan berhenti sehingga hari Kiamat.

Justeru itu, umat Islam sentiasa diperingatkan tentang hakikat ini setiap hari sebanyak lima kali (paling minima) supaya mengenali siapakah musuh-musuh mereka, apakah jalan hidup yang paling sempurna untuk mereka ikuti, dan supaya meminta agar mereka tidak mengikuti jejak langkah dua spesis manusia – yang Allah murka ke atas mereka dan juga puak yang bergelumang dalam kesesatan.

Memasukkan nama atau kalimat Allah ke dalam suatu kitab yang penuh dengan kepalsuan, penyelewengan, pembohongan, kesyirikan dan kesesatan tidak akan memberi kesan kepada Allah sang Pencipta.

Akan tetapi tindakan ini hanya memperkukuhkan lagi hakikat bahawa ahli kitab ini memang biadab dan angkuh terhadap Allah, dengan mencampuradukkan yang Haq dengan yang Batil. Sebab itulah Allah murka kepada mereka, baik penganut Kristian mahu pun penganut agama Yahudi.

Kemurkaan ini boleh saja berlaku ke atas umat Islam yang diberikan satu kitab juga iaitu al-Quran, sebagaimana juga orang-orang Kristian dan Yahudi juga diberikan kitab.

Isu penyelewengan atau pemalsuan al-Quran tidak akan berlaku lagi oleh kerana Allah sendiri akan memelihara al-Quran. Akan tetapi umat Islam tidak akan terlepas dari beban dan tanggungjawab juga, khususnya dari sudut Amar Makruf dan Nahi Mungkar.

Ini kerana pengabaian tugas ini adalah antara sebab umat Islam boleh digantikan dengan kaum atau umat lain, yang jauh lebih baik dan bertanggungjawab terhadap agama Islam serta tidak serupa sama sekali dengan perangai buruk umat Islam hari ini.

Apakah para pembaca merasakan pengertian-pengertian ini ketika membaca Surah al-Fatihah ?

Mohd Luttfi Abd Khalid
Pengerusi iPeguam/Pemerhati politik

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button