Berita UtamaUtama

PH disaran beri pendidikan percuma, baiki matrikulasi

Banyakkan kuota matrikulasi untuk kaum lain: Pemuda PAS

BANGI, 10 Ramadan 1440H, Rabu – Program matrikulasi yang memberi hak keistimewaan kepada Bumiputera tidak wajar dimansuhkan, tetapi harus diperbaiki bagi memberi kesaksamaan kepada setiap kaum.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khirudin mencadangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberikan pendidikan percuma kepada setiap pelajar, serta melaksanakan sistem wakaf dalam pendidikan.

“Kami mendalami segala ketidakadilan serta kepincangan di masa lalu, tetapi kita tidak harus mendepani semua kesilapan lampau dengan memusnahkannya (matrikulasi),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas mengenai isu Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Hau Loe Chai yang sebelum ini berkata, PH perlu berani untuk menghapuskan program matrikulasi, sebagai permulaan pentadbiran yang adil kepada semua kaum, dalam matlamat membina sebuah Malaysia baru.

Katanya, langkah itu dilihat bertepatan dengan situasi semasa, dan ia perlu dilakukan bagi menghentikan layanan tidak adil terhadap pelajar bukan Bumiputera di negara ini.

“Namun, Dominic perlu menerima hakikat bahawa desakan untuk menghapuskan program matrikulasi juga sama sekali tidak wajar. Ia tidak harus dimangsakan atau dihukum,” kata Khairil.

Pada masa sama Khairil berkata, walaupun kenyataan Dominic tidak bermotifkan perkauman, namun isu itu tetap terbuka menjadi polemik dalam kerangka perkauman.

“Kerana itu, kami lebih awal melontarkan kepada PH supaya membanyakkan kerusi untuk kemasukan ke matrikulasi, dan turut membuka kepada kaum lain.

“Dalam isu ini, kami bersedia untuk duduk semeja bersama Gerakan berbincang menghasilkan solusi terbaik untuk kepentingan masa depan negara kita,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close