Berita UtamaDunia

Menteri Israel ancam serang rakyat Palestin

Ugut balas kembali perbuatan jika cederakan peneroka haram

TEL AVIV, 15 Syaaban 1444H, Rabu – Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir mengancam akan membalas kembali perbuatan pihak yang mencederakan peneroka haram Israel.

Memetik laporan media Israel, Ben-Gvir berjanji akan mengarahkan polis Israel ‘menumpahkan darah’ setiap orang yang mencederakan peneroka haram negara itu.

Kenyataan Ben-Gvir itu dibuat selepas tentera pendudukan Israel membunuh enam rakyat Palestin di bandar Jenin, Tebing Barat pada Selasa.

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, enam rakyat Palestin terbunuh dan sembilan lagi cedera, termasuk seorang dilaporkan parah selepas tentera pengganas Israel menyerbu kem pelarian Jenin.

Menurut kementerian, warga Palestin yang terbunuh berusia antara 22 dan 49 tahun. 

Mereka adalah Muhammad Wael Ghazzawi, Tariq Ziyad Natour, Ziyad Amin Al-Zar’ini, Abdel Fattah Hussein Kharousha, Moatasem Nasser Sabbagh, dan seorang syahid yang tidak dikenali.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button