Berita UtamaDuniaPalestinUtama

VIDEO | Warga Palestin di Gaza terima bantuan AS$15 juta

Qatar sedia AS$30 juta bantu penduduk di Semenanjung Gaza

GAZA, 9 Ramadan 1440H, Selasa – Jawatankuasa Pembangunan Semula Kebangsaan Gaza mengumumkan pemberian bantuan AS$100 kepada setiap keluarga di Semenanjung Gaza, hari ini.

Kira-kira 108,000 keluarga Palestin mendapat manfaat bantuan wang tunai yang disalurkan Qatar.

Pemberian itu dilakukan selepas rejim Israel meluluskan pemindahan dana ke wilayah terkepung itu, serta dengan kehadiran Duta Qatar, Mohammed Al-Amadi di Semenanjung Gaza.

Sejumlah AS$15 juta akan dibahagi-bahagikan kepada keluarga miskin Palestin, manakala AS$15 juta lagi diperuntukkan untuk pembelian minyak bagi kegunaan syarikat pembekal tenaga elektrik di Semenanjung Gaza.

Penduduk Gaza beratur untuk mengambil bantuan AS$100 bagi setiap keluarga yang disalurkan Qatar kepada mereka, hari ini.

Sementara itu, Penyelaras Proses Damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Timur Tengah, Nickolay Mladenov berkata, PBB telah berusaha untuk mengatasi penderitaan yang dialami rakyat Palestin di Gaza, bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih baik di bawah pengepungan itu.

Katanya, bantuan disalurkan Qatar amat penting untuk memberi kestabilan, terutama dari segi bekalan tenaga elektrik.

“Kami berharap keadaan akan tenang sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga minggu bagi melaksanakan beberapa projek,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa tumpuan akan diberikan kepada menyediakan peluang pekerjaan sementara, dengan kerjasama Bank Dunia dan Program Pembangunan PBB. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close