Pendapat

Umat Islam abadikanlah sejarah

Jangan jemu pertahan sejarah, jika tidak bangsa Melayu akan hancur

1. RAKAN-RAKAN saya saling berkongsi satu tulisan berkenaan 13 Mei yang disiarkan di malaysiakini seperti link di bawah:
https://www.malaysiakini.com/news/475922

2. Selepas mendapat kecaman, akhirnya tajuk diubah dari tajuk asalnya ‘Pada 13 Mei 1969, satu kampung Cina diserang’ kepada ‘Gadai nyawa selamatkan jiran pada 13 Mei 1969’. Hmmm, sama ada isi kandungannya juga ada berubah atau tidak, saya tidak pasti pula.

3. Cubaan memalsukan sejarah seumpama ini berlaku dari dulu hingga sekarang. Ada yang berlaku dengan terang-terangan, ada yang berlaku dengan cara yang halus.

Pulau Jerjak pernah dipromosi sebagai Pulau Mazu, Lembah Bujang pernah dipohon untuk dibangunkan sebagai pusat kebudayaan India, Parameswara pernah didakwa sebagai bukan berbangsa Melayu, kaum Melayu pernah didakwa sebagai kaum pendatang di Tanah Melayu, cubaan menggubal buku teks sejarah bagi sekolah-sekolah di Malaysia dan banyak lagi kalau nak disenaraikan di sini. Tulisan seumpama ini adalah di antaranya.

4. Walaupun kemudiannya diubah tajuk (atau mungkin kandungannya juga), cubaan seumpana ini tidak akan pernah berhenti kerana ketidakpuasan hati kelompok ini terhadap kontrak sosial negara ini tidak pernah hilang. Mereka ingin menuntut hak yang lebih dari apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan yang telah dipersetujui oleh datuk nenek moyang mereka dahulu.

Dengan itu mereka membina naratif baru sejarah dan membuat dakwaan-dakwaan yang karut tanpa jemu. Tulis, kena kecam, tarik balik, ambil nafas baru, tulis tulisan lain pula, kena kecam, tarik balik, ambil nafas balik, tulis tulisan seterusnya, kena kecam, tarik balik, ambil nafas lagi sekali cari idea lain pula, tulis balik …. dan begitulah seterusnya.

5. Pesanan saya kepada orang Islam di Malaysia, fahamilah sejarah dan ceritakanlah sejarah kepada anak cucu kita sebagaimana ianya berlaku. Bangsa yang lupa sejarahnya akan pupus bahkan hilang dari ingatan sejarah itu sendiri.

Jangan jemu untuk mempertahankan sejarah sebagaimana hakikatnya kerana sedikit sahaja rasa jemu cudah cukup untuk menghancurkan bangsa. Selangkah kita ke belakang, selangkah mereka ke depan.

6. Di sini, saya kongsikan pautan untuk memuat turun Kertas Putih Laporan Mageran bagi mengetahui secara ringkas apa yang berlaku pada 13 Mei tersebut:
https://rayaputeh.wordpress.com/laporan-tragedi-13-mei/

Juga dikongsikan ringkasan yang amat baik tulisan Moustapha Abbas yang boleh dibaca di:
https://www.thepatriots.asia/kupasan-lapisan-sejarah-13-me…/

7. Untuk makluman pembaca, anak sulung saya dilahirkan pada tengah malam 13 Mei 1998, doktor mencatatkannya sebagai awal pagi 14 Mei secara tersilap. Saya dan isteri menamakannya Jihad.

Wallahu a’lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Timbalan Presiden Isma

Pendapat ini telah disiarkan terlebih dahulu di Facebook Muhammad Fauzi Asmuni

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close