Berita UtamaDuniaUtama

Diboikot: Tiket pertandingan nyanyian di Israel tak laku

BDS ajak artis, penonton sertai kempen boikot antarabangsa

TEL AVIV, 9 Ramadan 1440H, Selasa – Separuh daripada tiket pusingan akhir Pertandingan Nyanyian Eurovision yang dijadualkan diadakan di Israel, Sabtu ini masih belum terjual, lapor TV Israeli 12.

Situasi itu menyebabkan penganjur mengalami kerugian dianggarkan sebanyak dua juta shekels (AS$558,771).

“Kira-kira 15,000 pelancong akan tiba di Israel,” kata saluran itu, sambil memaklumkan bahawa beribu-ribu tiket ke pusingan akhir pada Sabtu masih kekal tidak terjual.

Pertandingan Eurovision menampilkan ahli muzik dari lebih 40 negara dan seramai 189 juta penonton di 50 negara sekitar Eropah menyaksikan acara itu tahun lalu.

Pada tahun ini, ia bakal berlangsung selama lima hari bermula hari ini dan Tel Aviv dipilih untuk menganjurkan pertandingan itu selepas kemenangan penyanyi dari Israel, Netta Barzilai pada tahun lalu.

Oleh kerana Pihak Berkuasa Penyiaran Israel adalah ahli Kesatuan Penyiaran Eropah, yang bertanggungjawab untuk acara itu, Israel dibenarkan untuk menghantar peserta walaupun lokasinya di luar Eropah.

Eurovision sangat dipengaruhi oleh kempen boikot antarabangsa, yang dipelopori oleh artis antarabangsa terkenal, termasuk penyanyi, Roger Waters dan lain-lain.

Januari lalu, kira-kira 50 selebriti Britain termasuk Waters dan Peter Gabriel, menulis surat menggesa Perbadanan Penyiaran Britain menggesa pertandingan Eurovision 2019 diadakan di negara lain.

Badan bukan kerajaan (NGO) pro-Palestin, Boycott, Divestment & Sanctions (BDS) telah meminta artis, penonton konsert untuk sama-sama memboikot Eurovision tahun ini. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close