Berita UtamaDuniaUtama

Sri Lanka sekat media sosial selepas umat Islam diserang

Pengawal selia arah laman Facebook, platform lain disekat selepas kumpulan Kristian serang masjid dan kedai umat Islam

COLOMBO, 8 Ramadan 1440H, Isnin – Pihak berkuasa menyekat sementara rangkaian media sosial dan aplikasi pesanan, termasuk Facebook dan WhatsApp, selepas satu catatan dimuat naik mencetuskan rusuhan antimuslim di beberapa bandar di Sri Lanka.

Kumpulan penganut Kristian membaling batu ke arah masjid dan kedai milik umat Islam di bandar majoriti Kristian di Chilaw semalam, selepas terpengaruh dengan catatan di Facebook.

Pasukan keselamatan Sri Lanka bagaimanapun, melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan perusuh, tetapi kekacauan merebak ke bandar berhampiran di mana pusat perniagaan orang Islam turut diserang.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Sri Lanka, Nalaka Kaluwewa dalam kenyataan hari ini berkata, laman media sosial sekali lagi disekat buat sementara bagi mengekalkan keamanan.

Polis berkata, perintah berkurung dikuat kuasa mulai tengah hari semalam di Chilaw.

“Jangan lebih ketawa, satu hari anda akan menangis,” ulasan di Facebook oleh seorang peniaga muslim, mencetuskan tindak balas penganut Kristian tempatan, yang kemudian menyerang kedainya dan merosakkan sebuah masjid berhampiran.

Polis turut menahan pemilik akaun Facebook berkenaan dan beberapa penyerang di daerah Kurunegala. – Agensi

Tiga masjid diserang, Sri Lanka arah perintah berkurung

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close